Recent Posts

December 29, 2010

Kuliah Fekah - 28 Disember 2010

Ustaz Hj Muchlish Ali Kassim sedang menyampaikan kuliah

Assalamualaikum, kali ni saya ingin berkongsi tentang kuliah Fekah pada 28 Disember 2010 lalu di Bilik Kuliah 2, Masjid Negeri Sabah. Kuliah disampaikan oleh Ustaz Hj Muchlish Ali Kassim mengupas tentang Zakat dengan menggunakan Kitab Fekah Mazhab Syafie sebagai rujukan. Alhamdulillah, kali ini, sesuatu yang menarik dapat dilihat iaitu kehadiran hadirin yang agak ramai daripada biasa. Hinggakan saya terpaksa duduk di tepi bilik kuliah. Selain itu, banyak juga muka-muka muda memenuhi ruang bilik kuliah tersebut. Baru semangat sedikit mendengar kuliah ada golongan seangkatan. Bukanlah menjadi masalah mendengar kuliah dengan golongan yang dah berumur, cuma terasa lebih bersemangat bila berada dengan orang-orang muda.

Antara khulasoh kuliah beliau ialah, Ibnu Abbas pernah mengatakan, di dalam Al-Quran, ada ..Dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat (Nafkahkan harta).. Taatlah kepada Allah,dan taatlah kepada Rasul .. Bersyukurlah kepada Allah, dan taatlah kepada kedua Ibu Bapa..tiga kalimah yang pasti akan digandingkan dengan pasangannya masing-masing. Yang pertama, "Dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat (Nafkahkan harta)" yang disebut sebanyak 32 kali di dalam Al-Quran. Yang kedua, "Taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul" , maka seharusnya kita menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan tanpa mengenepikan salah satu daripanya. Dan yang ketiga, "Bersyukurlah kepada Allah, dan taatlah kepada kedua Ibu Bapa." Maka, signifikanlah satu Hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, "Redha Allah bergantung pada redha kedua-dua Ibu Bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua Ibu Bapa".

Ustaz juga membawakan ayat dari Surah Al-Humazah yang antara lain ..antara golongan yang akan dilemparkan ke dalam Neraka Hutamah ialah orang mengumpulkan dan menghitung-hitung harta yang menyebabkan dia menjadi kikir dan tidak mahu menginfakkannya di Jalan Allah..menyatakan antara golongan yang akan dilemparkan ke dalam Neraka Hutamah ialah orang mengumpulkan dan menghitung-hitung harta yang menyebabkan dia menjadi kikir dan tidak mahu menginfakkannya di Jalan Allah. Sungguh dahsyat balasan bagi golongan ini, sebab itu kita diminta untuk mengeluarkan zakat, kerana ianya boleh menghilangkan rasa takabbur, kedekut dan menjauhkan dari rasa hasad dengki dan iri hati. Ustaz turut membangkitkan satu sifat umat yang menganggap dengan banyak bersedekah, harta akan berkurang. Sifat ini wujud kerana kurangnya tawakal kita kepada Allah dalam banyak perkara. Firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 159 "Jika engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh Allah sangat mencintai orang-orang yang bertawakal".
Petikan Surah Al-Humazah

Ustaz ada membangkitkan tentang Usul Tasawuf berkenaan dengan Rezeki. Ada 4 jenis orang iaitu:
  1. Orang yang mencari rezeki dan mereka mendapat rezeki.
  2. Orang yang mencari rezeki, mereka mendapat rezeki tetapi maruah mereka jatuh.
  3. Orang yang mencari rezeki, tetapi tidak dapat.
  4. Orang yang tidak mencari rezeki, tetapi rezeki yang mengejar mereka.
Ustaz mengaitkan Usul Tasawuf tersebut dengan satu hadith yang berbunyi "Sebaik-baik tempat adalah masjid dan seburuk-buruk tempat adalah pasar". Maka awallah sampai ke masjid dan lewatlah keluar dari masjid, serta akhirlah sampai ke pasar dan awallah keluar dari pasar.

Ustaz menambah dengan satu peribahasa Cina iaitu, "Jangan diberi orang miskin ikan, tapi berilah mereka joran".. Fikir-fikirkanlah..
Antara hadirin yang memenuhi dewan kuliah
Ustaz Muchlish meminpin bacaan doa sebelum menamatkan kuliah.

0 comments: