Recent Posts

December 27, 2010

Kuliah Akhlak & Tasawuf - 27 Disember 2010

Ustaz Hj Mohd Mursal Mokhtar sedang menyampaikan kuliah

Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah, pada 27 Disember 2010 (Tarikh yang sama tahun 537 M - Bangunan Aya Sophia dirasmikan) yang lalu, saya berkesempatan mengikuti kelas pengajian Akhlak dan Tasawuf bertempat di Bilik Kuliah 2, Masjid Negeri Sabah. Kuliah ini bermula pada pukul 8.30 hingga 9.30 malam. Kuliah pada malam tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Hj Mohd Mursal Mokhtar yang membawa tajuk tentang Nafsu Lawwamah dan Nafsu Mutmainnah dengan menggunakan buku Bimbingan Mukminin karangan Imam Ghazali.

Sebelum saya masuk ke dewan kuliah, saya sempat bertemu dengan sahabat baik saya Azizul Julirin yang juga bersolat Isyak di Masjid itu. Panjang juga perbualan kami. Kami berkongsi masalah dan solusi tentang beberapa perkara, tentang masalah peribadi, masalah sahabat-sahabat, ahli keluarga dan kerjaya. Alangkah indahnya kalau masjid menjadi tempat untuk kita bertemu dengan saudara sesama Islam dan bertanya khabar. Namun sekarang kita lebih suka bertemu sahabat-sahabat kita di tempat-tempat selain dari Masjid. Sepatutnya Masjid menjadi pusat penyatuan Ummah dan tempat bertukar pandangan sesama ummah. Kalau kita mengintai sirah nabawiyyah pun, hatta sebelum Rasulullah menegakkan Negara Islam yang pertama iaitu Madinah, Rasulullah SAW dan para sahabat telah menghabiskan masa selama 20 malam untuk membina masjid yang pertama dalam Islam iaitu Masjid Quba' itu. Dalam Al-Quran, Allah menyebut Masjid Quba' dibina atas dasar taqwa. Energi dan sinergi umat Islam mula dicas dengan pengimarahan Masjid. Sebab itu umat terdahulu hebat kerana masjid menjadi bekas yang menyatukan hati-hati umat Islam atas dasar taqwa.

Setelah panjang lebar perbualan kami, saudara Azizul meminta diri kerana ingin bergegas kerana mempunyai temujanji dengan sahabat-sahabat lain. Kami pun melambaikan lambaian ukhuwwah. Nampaknya kuliah telah bermula 15 minit yang lalu, saya pun mengambil tempat di Dewan Kuliah. Saya cuba menjenguk kerusi yang kosong di barisan hadapan, tapi ternyata semua telahpun penuh.

Seperti yang saya jangkakan, hadirin yang hadir didominasi oleh golongan 'beliau-beliau' (Bahasa orang Sabah bermaksud golongan berumur). Mana pergi golongan belia? Adakah berada di kompleks membeli-belah? Atau hanya ber'Uzlah' di rumah sahaja? Hanya beberapa orang "Anak-anak yang dilahirkan itu suci, bersih umpama kain putih, dan ibu bapanyalah yang menjadikan dia Nasrani, Yahudi atau Majusi." yang yang boleh dikategorikan sebagai belia hadir menghadiri majlis ilmu pada malam tersebut. Tiba-tiba pandangan saya terarah pada seorang budak muslimin yang pada pengamatan saya berumur dalam lingkungan 12 tahun berada disebelah saya sedang khusyuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ustaz. Selepas beberapa ketika, saya terpandang seorang lagi adik muslimat yang pada firasat saya berumur dalam lingkungan 7 tahun turut bersama ibunya mendengar kuliah tersebut. Entah faham atau tidak apa yang disampaikan oleh ustaz, namun yang pasti, tidak sedikit kekok di wajah mereka setia untuk terus melekat berada di Dewan Kuliah itu sehingga ke akhir pengajian. Saya tiba-tiba teringat dengan satu hadith popular yang lebih kurang berbunyi "Anak-anak yang dilahirkan itu suci, bersih umpama kain putih, dan ibu bapanyalah yang menjadikan dia Nasrani, Yahudi atau Majusi."
Seorang adik muslimin yang turut hadir.
Seorang adik muslimat berada di sebelah ibunya.

Antara beberapa intisari pengisian ilmu pada malam itu, ustaz berpesan, "dengan banyak berzikir, kita akan lebih mudah ikhlas. Kalau kita kurang berzikir, kita susah nak ikhlas." Ustaz juga menambah, antara contoh Nafsu Lawammah ialah Riya', Ujub dan sifat suka minta dipuji."dengan banyak berzikir, kita akan lebih mudah ikhlas. Kalau kita kurang berzikir, kita susah nak ikhlas." Manakala antara sifat Nafsu Mutmainnah pula ialah seperti Taqwa, Syukur, Tawakal dan baik akhlak dengan manusia. Ustaz juga mengenengahkan beberapa contoh orang yang kuat berzikir seperti Hassan Basri. Beliau adalah orang Iraq dan selalu memikirkan tentang kehidupan. Selain itu, ustaz juga memberi contoh Nabi Ayub sebagai hamba Allah yang banyak berzikir, Nabi Ayub walaupun ditimpa pelbagai dugaan seperti kemiskinan yang pada mulanya baginda adalah kaya, kemudian ditambah dengan permintaan cerai oleh semua isteri-isterinya (dikatakan 15 orang isterinya), tidak cukup dengan itu, kematian semua anak-anaknya, kebunnya yang terbakar, dijangkiti penyakit kulit yang hebat, tetapi tetap bersyukur, kerana Allah masih memberi nikmat hidup kepadanya.

Akhirnya, kuliah diakhiri dengan sedikit bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Mursal sendiri memohon keberkatan ilmu. Marilah sama-sama kita jadikan masjid sebagai pusat ilmu dan penyatuan ummah dan janganlah kita jadikan masjid sebagai Masjid Dirar Moden (At-Taubah ayat 107) yang dibina atas dasar ingin memecahbelahkan umat Islam yang akhirnya diperintahkan Rasulullah untuk diruntuhkan atas arahan wahyu dari Allah selepas kembali dari Perang Tabuk.
Antara Muslimat yang hadir mendengar majlis ilmu.
Ustaz Mursal mengakhiri kuliah dengan bacaan doa yang dipimpinnya.

0 comments: